kawan
jangan tinggal aku seorang
karna
masa itu aku akan fikir yang bukan bukan
aku akan fikir aku ditinggalkan
aku akan fikir kamu x mahu pedulikan
aku akan fikir kamu sdh x mahu jadikan aku sebagai kawan
aku akan fikir aku banyak sangat buat kesalahan
aku akan fikir aku disisihkan
aku akan fikir aku sdh x diperlukan
aku akan fikir kamu sudah bosan
aku akan fikir kelibatku menjemukan
aku akan fikir aku x menyenangkan
aku akan fikir aku ini merimaskan
aku akan fikir siapa yang mahu jadikan aku sebagai teman
teman
jangan tinggalkan aku seorang
karna
kau akan selalu disisi
kau akan pergi dimana aku pergi
kau akan selalu bersama di kanan atau kiri
kau akan selalu berdiri bila aku berdiri
kau akan ikut aku berlari kesana kemari
kau akan sentiasa mengingati dimana aku harus pergi
kau akan menjadi insan yang akan aku selalu cari
karna kau selalu menjadi si bayang bayang sahabat
sahabat
jangan tinggalkan aku seorang
karna
kau tempat ku mengadu
kau tempatku luahkan sesuatu
kau tempatku berkongsi duka pilu
kau tempatku tunjukkan sesuatu
kau insan yang aku x akan malu
kau tempatku tampilkan siapa aku
kau tempatku meminta pandangan perjalanan hidupku dimana harus kutuju
kau tempatku bercerita tentang kisah lalu
kau tempatku lakonkan cerita lucu
kau tempatku luahkan apa nawaituku
kau adalah insan yang paling tahu tentangku
kau adalah kurniaan kepadaku
dan kini aku seorang...ditinggalkan sendirian...
bukan untuk dibuang...
tapi
untuk aku memilih siapa yang menjadi insan paling aku SAYANG...
ya...kamu yang aku sayang....
yang matanya disini
setia melingkar disetiap abjad...
yahhh..kamu lah...
yang sedang menikmati ayat2 ini...
aku sayang kamu.....
 
No comments:
Post a Comment