Wednesday, June 30, 2010

baka kenangan subur kah lagi?

diam
bukan kerna mengalah
juga tidak sebab hendak berhenti berkata
lebih dalam lukanya jika hati terus berbicara
adapun ianya singgah sementara
sebab apa?
ini lah puncanya
jiwa meronta ronta
dihentam oleh pukulan jiwa tiada minda
membuatkan
hati sering x puas kerana disakiti
dilukai sebegini
manusia mana yang ingin pergi dalam ke lembah sedih
manakan mampu untuk terima pahit
baik diluar mahupun kedasar sanubari
di cuit hiris
perit
kurasa sendiri
aku kah insan yg kau lukai??
ya..berdiri sendiri memberanikan diri
walau kaki x teguh lagi
walau hati hancur berkecai
harapan lebur di hempas badai
aduuhh
sedih..
aku kah yang keseorangan disini
dibiar mengalir jernihnya air mata
yang zahirnya x pernah kau merasa
dalamnya erti semua itu sebenarnya
biarlah..
mungkin sekarang aku lebih rela
aku lebih berwaspada
melangkah sepenuh jiwa
dengan kudrat yang ada
tiada lagi airmata
kuat ku seteguh menara
raga ku kukuh berbatu bata
jauh la wahai sendayu pahit
dekatlah engkau ya Rahim ya Rahman
tunjuk lah ku
lorong yang indah dan nyaman
agar ku bisa lagi menggeliat dengan senyuman
menerangi hari hari yang punya haluan
tinggallah si kenangan
bangunlah si hati untuk berjuang
akhir ini
hapuslah semua kegelapan

No comments:

Post a Comment