Thursday, July 1, 2010

kimia hati

hari yg membawa ku melangkah
jauh dari kesulitan
tiada lagi kata2 tidak berlaungan
yang selalu singgah dengan niat untuk berteman
walau aku sendiri punya perjalanan
tapi
tetap saja dia menemani ku berbekalkan
segulung kekecewaan
ketika aku sedang hendak pulih dari kelukaan
ia kembali mengingatkan
kisah lama yang mungkin tidak ada kilauan
dari sinar kebahagiaan kesenangan kegembiraan
aduuh
aku antara insan yang merasa kepedihan
sendiri membaca kata hati untuk berlari jauh pergi
meninggalkan sisa2 t0xic cinta yang pernah bertahkta di hati
hingga kan hampir membunuhku
melilit di ruang2 untuk aku bernafas
terkial kial mencari cahaya udara yang melepaskan siksa
menarik segala peluang
menepis segala sangkalan
biarlah
biar semua hanyut di bawa angin masa
aku rela aku akur
sehingga tiada lagi air mata
kering tak basah
menjamah pipi yang mungkin tiada dosa
dimana hati yang selalu bersalah
kerana ia sang pengkhianat
yang melecur perasaan
menghilangkan kenikmatan
uhhh..
kau sahaja mahu difikirkan?
aku bagaimana..senang kau buang
kau kah yang senang?
sampai bila semua pembohongan
kau fikir ia berpanjangan
hingga aku dibiar umpama lelongan
di tinggal di tepian
beralaskan kekecewaan
mungkin..
mungkin harus kau lakukan semua ini
sekadar untuk lari dari kesalahan sendiri
yang mangsanya aku
yaah..aku yang tak mengerti
batas mana yang kau ikuti
tiada siapa yang berani mengekori
kerana
semua tahu kau adalah si pengemis cinta
bertopengkan kepalsuan semata mata
untuk menutup duka yang dahulu
inilah yang dikatakan
kimia hati
sukar untuk disuci kembali
karna ada cerita yang tinggal sisa sisa
meraut kedalam fikiran si pemegang hati
lalu digores di hiris sekalipun si hati
tetap ada bingkisan hitam melekat jauh di dalam tanpa dia ketahui
apabila sudah bersatu lagikan luaran tidak akan kelihatan
sudah pasti
di dalam hanya bayangan yang tidak akan suram
itu lah
daging yang bersatu membentuk isi hitam
merebak keseluruh tubuh perasaan
hanya yang aku harapkan
tinggahlah
kisah silam
berikan aku jalan ke hadapan
bersama suci harapan
yang tentunya tiada pengkhiantan!

No comments:

Post a Comment